silaturrahim kita

Memaparkan catatan dengan label Rasulullah SAW. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasulullah SAW. Papar semua catatan

20 Januari 2011

7 Sunnah Nabi SAW

JAGA TUJUH SUNNAH NABI


Pertama, Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat, jaga solat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu
terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solatt, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

17 Januari 2011

Rasulullah...Kekasih Allah


CONTOHI RASULULLAH JAGA KESIHATAN

Nabi Muhammad SAW hanya pernah sakit boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya, Nabi sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar. Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan:

1. Selalu bangun sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu, solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala , kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman".(HR Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah SAW: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan),"(Muttafaq Alaih).
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara. sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah SAW:"Jangan marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk , maka perlu berbaring.
Kemudian baca ta'awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqomah, bekerja keras serta tawakal kepada ALLAH SWT.

7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga ketabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat irihati. "Ya ALLAH, bersihkanlah hatiku dari sifat2 mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat2 mahmudah."

8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat di hati. Justeru, jadilah seorg yang pemaaf kerana yg pasti badan akan sihat.


Petikan dari slot Tazkirah Remaja bersama Ustaz Zawawi Yusoh

06 Januari 2011

Mari Berselawat

SELAWAT KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW





Dulu lagi dah belajar selawat..org selawat kita selawat..tp x pnah ambik tau makna selawat..knp kna selawat?yang tau selawat tu ms maulid nabi..jahilnya diri..kata cintakan Rasulullah..tapi nk selawat pn payah..walhal x susah pn..sebut jer...
Yer..dulu mmg sebut cuma tak hayati...sekarang kna hayati..dan blaja2 lah cintakan Nabi...fahami sunnahnya dan cuna ikuti..besar pahalanya

Masa mengandung sy slalu selawat..mahu anak yg bakal lahir mencontohi akhlak Rasulullah saw..tp bila anak dh besar..dh pandai berckp tp sy x ajar...sudahnya anak2 lagi tau menyanyi lagu kanak2 dr selawat nabi..TAPI itu dulu...sekrg bila diaorg nangis sy akan pujuk dengan selawat,bila diaorg nk tido sy alunkan selawat...bila diaorg x dgr kata sy berselawat...alhamdulillah..sekalipun diaorg x fhm tp diaorg diam...dan hari2 seterusnya..umi xkan jemu berselawat....BIAR RASA CINTA ITU MEMBUAK2 DALAM DADA....x perlu siapa tau...biar kita dan DIA YANG TAHU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...