silaturrahim kita

03 Januari 2011

Syukur padaNya


Ya Allah,aku panggil Mu Allah..aku panggil Mu Rahman..
Aku panggil Mu yang membuat kebaikan dengan Kasih Sayang...
Aku panggil Mu dengan semua nama Mu yang aku tahu dan aku tidak tahu..
Ampunilah aku dan rahmati aku...amin

Sesungguhnya jika tiada kudrat yang diberikan Allah ini maka aku tak mampu untuk menggerakkan jari ini untuk menulis tinta yang serba tidak sempurna ini...rahmat kasih sayang Mu Tuhan...setelah Engkau berikan hidayah itu..janganlah Engkau tarik semula kerana kealpaanku...bantulah hambaMu ini untuk istiqomah,sekalipun payah..kerana dunia ini sering melalaikan dengan segala kecintaan..melainkan cinta kepada Mu,janganlah ada cinta lain yang lebih besar dari itu...

Bantulah aku untuk tidak menoleh kebelakang lagi..kerana apa yang telah berlaku adalah sejarah...Wahai diri...Jangan menoleh ke belakang... tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.

1 ulasan:

  1. salam wrt follower 313..

    Nur mencukupkan bilangan tentera Badar saya.., syukran ye...saya buat entry khas untuk Nur...jenguk lah entry terbaru ye..:)

    http://sunahmohammad.blogspot.com/2011/01/313-suka.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...